Nuffnang Ads

Saturday, 7 May 2011

video sajak untuk ibu -SELAMAT HARI IBU-

SELAMAT HARI IBU BUAT IBUNDA KU TERSAYANG (SITI MUTIAH BINTI GAMIN). TERIMA KASIH ATAS SEGALA-GALANYA YANG TELAH KAU BERIKAN. TAK TERBALAS JASA MU BONDA, TIDAK MEMADAI JIKA DUNIA SEKALIPUN KU PERSEMBAHKAN. KU BERDOA AGAR TUHAN MEMANJANGKAN USIA BONDA, SIHAT SENTIASA DAN MELIMPAHKAN RAHMAT, KASIH SAYANGNYA KEATAS KEDUA IBUNDA DAN AYAHANDA KU.



kedua ibu bapa ku tercinta


sama-sama lah kita menghargai dan berjasa kepada kedua ibu bapa selagi keduanya masih ada, kerana ada insan yang tak pernah mempunyai dan merasakan kasih sayang keduanya.

Saturday, 30 April 2011

Mengapa wanita mudah menangis




Suatu ketika, ada seorang anak lelaki yang bertanya kepada ibunya. "Ibu,  mengapa ibu menangis ?" Ibunya menjawab, "Sebab aku wanita."  Saya tidak mengerti," kata si anak lagi. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kamu memang tidak akan  mengerti......"

Kemudian, anak itu bertanya kepada ayahnya. "Ayah, mengapa ibu menangis ?"Sang ayah menjawab, "Semua wanita memang menangis tanpa ada alasan".  Hanya itu jawapan yang dapat diberikan oleh ayahnya.

Lama kemudian, si anak itu menjadi remaja dan tetap bertanya-tanya, mengapa wanita menangis. Pada suatu malam,ia bermimpi dan mendapat petunjuk daripada Allah mengapa wanita mudah sekali menangis.

Saat Allah menciptakan wanita, Dia membuatnya untuk  menjadi sangat penting. Allah ciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya. Walaupun, bahu itu cukup selesa  dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tidur.

Allah berikan wanita kekuatan untuk melahirkan zuriat dari rahimnya. Dan sering kali pula menerima cercaan daripada anaknya sendiri ......

Allah berikan ketabahan yang membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah di saat semua orang berputus asa.

Wanita, Allah berikan kesabaran, untuk merawat keluarganya walau letih, sakit, lelah dan tanpa berkeluh-kesah.

Allah berikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya, dalam situasi apa pun. Biarpun anak-anaknya kerap melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini memberikan kehangatan kepada anak-anaknya yang ingin tidur.

Sentuhan lembutnya memberi keselesaan dan ketenangan.

Dia berikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya, melalui masa getir dan menjadi pelindung baginya. Bukankah tulang rusuk suami yang sepatutnya melindungi setiap hati dan jantung wanita ?

Allah kurniakan kepadanya kebijaksanaan untuk membolehkan wanita menilai tentang peranannya  kepada suaminya. Seringkali pula kebijaksanaan itu menguji kesetiaan yang diberikan kepada suami agar mereka  tetap saling melengkapi dan menyayangi.

Dan akhirnya, Allah berikannya airmata. Inilah yang khusus Allah berikan kepada wanita,  agar dapat mencurahkan perasaannya, agar dapat digunakan di mana ia inginkan. Menangislah sepuas hatinya, kerana airmata ini Allah ciptakan untuk menjadi teman wanita yang paling mengerti, disaat suami dan anak-anak nya tidak.

Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, dan sebenarnya air matanya adalah air mata kehidupan insan.

Friday, 29 April 2011

Penoreh getah terlampau

Beberapa bulan kebelakangan ini kita dikejutkan oleh melambungnya harga getah dipasaran, yang menyebabkan penoreh2 getah menjadi kaya dlm sekelip mata. Ada yang diberitakan boleh memperoleh pendapatan sehingga RM15K sebulan (klu yang kebunnye puluh2 ekar mmg la..).  Rupa-rupanya bapak aku pun tak terkecuali menjadi mangsa pasaran getah, apabila beliau berusaha mencari dan menoreh pokok getah, walaupun agak mustahil, sbb kebun kami semua dah di sumpah dengan tanaman kelapa sawit. Tetapi aku tetap berasa kagum dan terharu bercampur terkejut terhadap bapak aku ni, kerana beliau telah berjaya mendapatkan torehan getahnya. Tunggul getah, tak perlu lah dijalaskan lagi.. lihat lah sendiri..

Balik kampung


Hujung minggu yang lalu aku balik kampung, batu pahat, johor, menziarahi kedua ibu bapa tercinta. Dah 2 bulan aku tak balik, beberapa perubahan dapat dilihat. Yang paling ketara, kawasan rumah,  tumbuh-tumbuhan yang mati akibat dilanda banjir beberapa bulan yang lalu.

Mengimbau beberapa bulan yang lalu...    

 Kenderaan purba yang digunakan oleh bonda untuk kebelakang rumah, untuk beri ayam makan. “hati2 mak..., dah lama kita tak pandu benda ni”

                          ______________________________________


Beberapa bulan kini

    Nasib baik yang ini ‘ water proof’ (tempat yang sama ngn gambar banjir di atas).



Berusaha meneruskan hidup -pokok naga-




Berhenti berharap -arwah pokok sireh, innalillah-




Tahniah untuk yang berjaya meneruskan hidup



SISIPAN

 tempayan
Tempayan ni selalu di hanyutkan banjir kalau terlupa nak ikat pada tiang rumah, so.. biasanya sorang  jiran kami yang sangat baik hati ni, akan heret  tempayan ni, meredah banjir,  pulangkan smula pada kami, klu tempayan ni terhanyut ke rumah dia.. baik kan pak cik tu... tq Lek Mian.



 air tangan bapak
Ukiran pada kekisi tangga ni adalah salah satu hasil kerja bapak aku sebagai tukang kayu tersohor satu ketika dulu.



my finger-manik -






Saturday, 16 April 2011

wanita- akal senipis rambutnya


WANITA-AKAL SENIPIS RAMBUTNYA


jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita
tanpa mereka, fikiran & perasaan lelaki akan resah
masih mencari walau ada segalanya
apa yang tiada dalam syurga?
namun ADAM tetap rindukan HAWA

dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki
tapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus, mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus…luruskan wanita dengan jalan yang ditunjukkan oleh ALLAH swt
kerana mereka diciptakan sebegitu oleh ALLAH swt

didiklah mereka dengan panduan dari-Nya
janganlah cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana hati mereka akan semakin liar
janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan kerana realitinya mereka semakin derita
kenalkan mereka kepada ALLAH, zat yang kekal
di situ punca kekuatan dunia

akal senipis rambutnya, tebalkan ia dengan ilmu
hati serapuh kaca, kuatkan ia dengan akhlak
suburkan ia kerana dari situ nantinya mereka akan lihat nilaian & keadilan
TUHAN

bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan satu kelemahan
ia bukan diskriminasi TUHAN, sebaliknya di situlah kasih & sayang TUHAN
wanita lupa hakikat kejadiannya, pasti tak akan terhibur & tak akan menghiburkan
tanpa iman, ilmu & akhlak, mereka tak akan lurus
bahkan semakin membengkok
itulah akibatnya andai wanita tak kenal TUHANnya

bila wanita menjadi derhaka, pasti dunia lelaki menjadi huru hara
lelaki jangan pula mengharapkan ketaatan semata mata
tapi binalah kepimpinan
pastikan sebelum memimpin wanita menuju ILAHI pimpinlah diri kepada-Nya
jinakkanlah diri kepada ALLAH, nescaya akan jinaklah segala galanya di bawah pimpinanmu
janganlah mengharapkan isteri semulia FATIMAH AZ-ZAHRAH, andai dirimu tak sehebat SAIDINA ALI KARAMALLAHUWAJHAH. 
 __________________________________________________
* * *



MY FINGER

My finger – beg -



beg ni buah tangan my dear sister dari sabah, tq dik, i love it. tapi aku rasa beg ni kosong sangat la, daripada aku duk umah saja2, lepas keje mlm tiga hari yang bosan, hubby keje, sume cite on my fav channel aku dh tgk on my first day cuti, 2nd day mereka akan ulang ntah berapa kali ntah dlm satu hari, bosan.. so otak aku pn mula la bermentol dpt idea mcm ne nk wt ngn beg yg tak berapa menarik ni, (sory dik, its menarik sgt, but i have to do somthing with it). aku amek bunga telur saper ntah kwin, hot glu, gunting and curi sket daun dlm jambangan bunga atas console table aku tu. then aku gunting and lekat. taraaaaa... lantak la aper org nak kata, but i like it, HE HE HE..



My finger –kasut-
kasut ni sepatutnye jadi hantaran pertunangan kami kira2 tiga tahun yang lalu, tapi terpaksa di KIV kerana aku dh beli kasut lain dan aku tak suka kasut ni. Kisah bermula bila aku ckp ngn hubby(masa tu tunangan aku la) aku dh beli kasut untuk hantaran, dia kata “kaler pe?”, aku kata “itam, cantik sgt” dia kata “itam tak cntik la yang, abg tak suka, kite beli lain”, maka berlaku la sedikit pertengkaran angkara sepasang kasut di sebuah mall di jb. Aku kata “klu abg nk sgt, abg pilih sendiri, ayg tak tau”, dia pn terus pilih kasut dlm gmbr tu and bayar, “pki kasut ni tau” dia kata. “ok” aku kata, mals nk gaduh. Tapi bila tiba hari pertunangan kami, kasut itam yang duk ats dulang, sbb aku yg wt sume hantaran HA HA HA... abg, maaf kn syg.. bkn niat menderhaka, tp its just kasut punye hal, and ia bukan menyalahi syarak. Ampunnnn... i luv hubby.


My finger –toaster-

Toaster ni hadiah perkahwinan, tak ingat saper yg bg sbb aku dpt 3 toster masa tu, but thanks alot pada si pemberi hadiah, sbb hadiah ni bermakna sgt buat aku. Coz my hubby’s fav breakfast is toast bread with jam/kaya. So time kasih sume sbb memudahkn kerja ku sbg istri. Tapi kotaknya aku dh buang,  so kene la tutup lpas guna, takut sang cicak menjatuhkan sisa buangannya dalam tu and tak larat nk bwk kuar masuk cabinet tiap pg. Kain perca lebih wt langsir aku jahit jadikan penutup toaster, aku tak pernh jait benda pelik2 sbelum ni, aku cume tau jait tepi2 baju tlg emak aku, jait baju koyak ker, tp aku redah jer.. berpeluh2 aku adjust kn sudutnya, garis sini, garis sana, akhirnya.... taraaaaaaa.... dh jd (la kot) asalkan bleh sarungkn dia dan selamat dari taik cicak.. HE HE HE (aku cume nk impresed emak aku ‘my sifu’ luv u mom)



My finger – calligraphy-

 Aku suka sgt home deco, walaupn aku tak mmpu nk wat deco idaman yang hebat mcm dlm ‘deco eric’ tp aku ttp suka beli majalah impiana, dapur, laman, anjung seri, apartment dan lain2. Aku ternampak dlm satu page kaligrafi hiasan dinding, simple je, aku rasa aku bleh wt, lg pn aku terlalu byk masa lapang. Aku g kdai, beli polisterin alas hantaran kt kdai kwin2, sugar paper, double sided tape and plastic alas meja.
     1.      Poliserin lekatkan dengan kertas puteh
     2.      Potong sugar paper panjang2 (guna ukuran cmxcm)
     3.      Lekatkn atas polisterin bentuk mcm huruf
     4.      Lekatkan juga sebagai border.
      5.  Last skali sampulkan dengan plastic alas meja. Siap...
Dua gambar kanan dan kiri ialah Muhammad (mim, ha, mim, dal). Gambar tengah ialah Allah (alif, lam, lam, ha).  Aku cume nak impresed my dad, coz he is tukang kayu. Slalu wat ukiran kaligrafi kalimah al-Quran atas kayu untuk masjid. Pak, kakak pn bleh buat......................... guna kertas, AHAKSSS....

                                                                                                                                               bersambung...